Artikel

Boleh ke orang Malaysia jual di eBay?

Oleh adfamy · 11 November 2026

Jawapan pendek: boleh. Kau tak perlu ada syarikat, tak perlu kedai, dan tak perlu duduk kat luar negara pun. Yang kau perlukan cuma akaun eBay, akaun Payoneer untuk terima duit, dan barang yang orang luar memang nak beli.

Siapa pembeli kau kat eBay

Bila kau jual kat Shopee atau Lazada, pembeli kau orang Malaysia. Kat eBay, pembeli kau kebanyakannya dari Amerika, UK, Australia dan Eropah. Mereka bayar dalam USD, GBP atau AUD, lepas tu duit tu masuk dalam akaun Payoneer kau.

Itu sebab ramai seller Malaysia suka eBay. Harga jualan dalam mata wang yang lebih kuat, dan untuk sesetengah produk, persaingan dia tak seteruk marketplace tempatan.

Apa yang kau perlu ada

  • Akaun eBay. Daftar percuma je guna emel dan nombor telefon.
  • Akaun Payoneer. eBay bayar hasil jualan melalui Payoneer, lepas tu kau boleh keluarkan ke bank Malaysia.
  • IC atau pasport. Untuk sahkan identiti dengan eBay dan Payoneer.
  • Akaun bank Malaysia atas nama sendiri.
  • Barang untuk dijual. Barang sendiri, dari supplier, atau barang terpakai yang ada nilai.

Nama dan alamat mesti sama kat semua tempat: IC, eBay, Payoneer dan bank. Payoneer akan semak maklumat kau dulu sebelum akaun boleh terima duit, dan kadang-kadang dia minta bukti alamat atau penyata bank.

Berapa modal nak mula

Daftar akaun eBay dan Payoneer tak kena bayar. Kos sebenar kau ialah stok barang (kalau simpan stok) dan kos shipping untuk order pertama. eBay hanya ambil yuran bila barang kau terjual.

Setakat November 2026, yuran utama kalau kau listing kat ebay.com:

  • Yuran listing. 250 listing pertama setiap bulan percuma. Lepas tu USD0.35 untuk setiap listing.
  • Final value fee. 13.6% dari jumlah jualan (termasuk shipping) untuk kebanyakan kategori, campur USD0.30 atau USD0.40 setiap order. Sesetengah kategori lain kadarnya.
  • International fee. 1.65% bila pembeli berada di luar Amerika.

Kadar ni boleh berubah, jadi semak page yuran rasmi eBay sebelum kau letak harga.

Benda yang orang selalu salah faham

  • "Kena ada syarikat." Tak perlu. Kau boleh daftar sebagai individu je.
  • "Shipping ke luar negara mahal sangat." Bergantung pada berat dan courier. Kalau kira betul dari awal, kos shipping dah masuk dalam harga jualan.
  • "Akaun baru terus boleh jual banyak." Akaun baru ada had jualan. Had tu akan naik bila rekod jualan kau elok.

eBay tak umumkan satu angka tetap untuk had ni, sebab ia berbeza ikut akaun. Ramai seller baru lapor had permulaan sekitar 10 item atau USD500 sebulan. Had sebenar kau ada dalam Seller Hub, kat bahagian Monthly limits.

Langkah pertama

Mula dengan dua benda je: daftar akaun eBay, dan buka akaun Payoneer. Dua-dua ada panduan sendiri.

Kalau nak buat semua ni dengan aku di sebelah, dari daftar akaun sampai listing pertama, itu yang aku buat dalam eBay Bootcamp.

Sumber rasmi

Nak buat dengan aku?

Aku ajar 1:1 secara live, dari daftar akaun sampai dapat jualan. Kau buat dalam akaun sendiri, aku tengok dan betulkan.

Tengok pakej coaching

Baca juga