Artikel

Cara daftar akaun eBay dari Malaysia

Oleh adfamy · 11 November 2026

Daftar akaun eBay sebenarnya tak ambil masa lama, lebih kurang 15 minit je. Yang selalu makan masa ialah silap kecil masa daftar. Silap tu boleh buat akaun kau kena limit sebelum sempat jual apa-apa pun. Ni cara yang aku ajar pelajar aku.

Sediakan ni dulu

  • Emel yang kau memang guna selalu (bukan emel sementara).
  • Nombor telefon Malaysia yang aktif (untuk terima kod pengesahan).
  • Nama penuh ikut IC.
  • Alamat rumah yang betul dan boleh dibuktikan.

Nama dan alamat mesti sama dengan dokumen kau, dan sama juga dengan akaun Payoneer nanti. Kalau tak sama, proses pengesahan senang tersangkut.

Langkah daftar

  1. Pergi ke ebay.com, tekan Register.
  2. Pilih jenis akaun: Personal atau Business.
  3. Isi nama, emel dan kata laluan, lepas tu sahkan emel.
  4. Masukkan nombor telefon dan sahkan dengan kod SMS.
  5. Buka My eBay > Selling, lengkapkan alamat dan butiran seller.
  6. Sambungkan akaun Payoneer bila eBay minta. Untuk akaun Malaysia, permintaan ni biasanya keluar lepas kau hantar listing pertama. Listing tu akan kekal sebagai draf sampai Payoneer siap disambung.
  7. Tambah kad debit atau kredit. eBay guna kad ni untuk tolak kos jualan kalau hasil jualan kau tak cukup.

Skrin eBay memang berubah-ubah dari semasa ke semasa, jadi nama butang mungkin lain sikit. Tapi susunan kerja dia tetap sama: buat akaun, sahkan diri, lepas tu sambung Payoneer.

Personal atau Business?

Kalau kau baru mula dan jual sebagai individu, akaun Personal dah cukup. Akaun Business lebih sesuai kalau kau ada syarikat berdaftar dan nak jual atas nama syarikat.

Satu benda penting: jenis akaun dan negara pendaftaran mesti sama di eBay dan Payoneer. Akaun eBay Business perlukan akaun Payoneer Business juga. Jadi pilih betul-betul dari awal, jangan tukar-tukar nanti.

Silap yang buat akaun baru kena limit

  • Maklumat tak sama (nama atau alamat di eBay lain dari Payoneer atau IC).
  • Terus listing banyak-banyak. Akaun baru yang tiba-tiba ada berpuluh listing nampak mencurigakan.
  • Guna VPN masa daftar (eBay nampak lokasi yang bertukar-tukar).
  • Buka lebih dari satu akaun (lagi-lagi kalau akaun lama pernah ada masalah).

Lepas akaun siap

Jangan terus listing dulu. Setup policy shipping, return dan payment dulu, lepas tu kenal-kenal Seller Hub. Akaun yang disediakan elok dari awal biasanya lebih senang nak dapat jualan pertama.

Dalam Module 1 eBay Bootcamp, aku daftar akaun eBay dan Payoneer bersama kau, satu langkah demi satu langkah, sampai akaun sedia untuk mula jual.

Sumber rasmi

Nak buat dengan aku?

Aku ajar 1:1 secara live, dari daftar akaun sampai dapat jualan. Kau buat dalam akaun sendiri, aku tengok dan betulkan.

Tengok pakej coaching

Baca juga